REFLECTION [WEEK 5 - 26/10/2018 ]

Project-Based Learning (PBL)
Setelah penat mengumpul maklumat dan baca. Saya dah mula faham yang PBL ni adalah apabila guru atau pelajar mengemukakan satu tema persoalan yang akan memandu pelajar membuat projek secara berkolaborasi dan memerlukan pelajar menjawab persoalan dunia sebenar.




Pada pendapat saya pembelajaran di Malaysia juga sebenarnya berkonsepkan PBL tetapi tidak diterapkan dari peringkat awal persekolahan. Semasa memasuki zaman universiti baru konsep ini betul-betul diaplikasi. Kebaikkan konsep ini pelajar dapat menghuraikan isu dan persoalan yang rumit, menggalakkan persefahaman dan memberi ruang pelajar meneroka, membuat penilaian dan menganalis maklumat dalam cara yang bermakna. Penggunaan PBL juga turut membantu murid membina kemahiran dan ketrampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih berasaskan kepada maklumat dan teknologi. Selain itu, PBL juga mampu melahirkan murid yang boleh menghadapi dunia abad ke-21 kerana melalui PBL, pelajar boleh berfikiran “outside the box”, boleh bekerja bersama kumpulan dalam kelas, atau kelas lain, ataupun di negara lain (Collaborative Learning). Justeru memberi banyk faedah kepada individu dalam menghadapi dunia sebenar. Faedah yang penting dalam perlaksanaan PBL ialah membantu mempertingkatkan amalan PdP serta membantu membangun dan menilai kemahiran serta mindset sebagaimana yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan masakini (Knowledge-Workers).  

Jadi saya berharap, konsep ini boleh diterapkan dari peringkat awal persekolahan lagi.



Comments

Popular Posts